Friday 25 April 2014

perasaan terpendam

Assalammualaikum~
well aku nih mmg tak suka nak share perasaan sedih,kecewa,gelisah,merudum,was-was ataw apa saja la yg ada kaitan dgn pekara normal perasaan terpendam ni.
yeah ! aku akan share cuma dengan org yg rapat atau boleh dikatakan sgt rapat sehingga tahu semua tentang aku..
ada jugak jenis suka share di laman sosial seperti fb,wechat dan sebagainya..
kalau dulu kita tgk org berdoa,mengadu sedih atau ingin kan sesuatu daripada Allah S.W.T
hanya di atas tikar sejadah sambil mengadap kiblat selepas solat..
tapi sekarang org berdoa dekat laman sosial la plak..
tapi tak apa..kan mengajak org berdoa sama..tak kisah la apa pun.
aku pun kadang buat jugak..hehe
well kenapa kita selalu ada perasaan yg terpendam..??org kata kalau diluah takut mati bapa,nak ditelan takut mati emak..mau tak mau kena kemam je lah ye..
kalau ada cara utk diselesaikan cuba la cara tu..jgn la biarkan.
kalaw dah abes tak ada cara pun cuba jugak la selesaikan..
tapi kalau aku dah xtahu nk pikir tu aku larikan diri je..
hehe
teruk kan..tak berani nk berhadapan.!ekceli aku bukan tak berani berdepan kalau ada masalah..
sesetengah org tak sama.
contoh kalau aku tgh bergaduh..aku xtahu macam mana nk buat org tu faham dgn apa yg aku nak kata,
aku akan larikan diri.sbb kalau tgh bergaduh tambah dengan jerit2 bagai dah sah2 aku cakap mmg org xpaham..
jenis gugup la katakan..
sedangkan aku cakap macam biasa pun org xpaham..kalau gaduh org katok pala aku apa..
hahaha(memang dah kena pun!)
dei minachi!apa u cakap??macam keretapi daa..inna sonange!
aku kuat nanges weh ! takde sapa yg taw kecuali yg terdekat..nampak cam sentiasa happy go lucky je kan..hee
ada apa bnda ja yg berlaku even bnda kecik pun tetap akan buat aty aq tersentuh..
sensitif nya..hurmm..ada org nak wat aku nanges x skrg??please dont !
sbb aku kalau nanges,aku akan fikir macam2 perkara negatif..smpai korang x boleh jangkau pemikiran aku..
tapi kalau lepas nanges dan terus tido automatik macam semua org jugak akan terus pikir yg positif balik la..
cuma kalau aku nanges tpi xtdo! hah masa tu pemikiran aku masih lagi di peringkat negatif..pandai2 la kalau nak handle..
rasa hebat ? cuba la..hehe
perasaan org perempuan ni laen bukan macam lelaki..
selalu ambil mudah dan wat xkisah..
pada kami kaum hawa ni mudah terasa dan sensitif terlebih..
kami xsuka lelaki yg xreply mcj kami..kami beranggapan bahawa lelaki itu mungkin ada ramai lg org lain yg dy nak mcj sehingga kami ini sudah xpenting.
kami xsuka lelaki yg janji tapi mungkir janji..
kami xsuka lelaki yg manis mulut didepan sahaja.
kami xsuka lelaki mata duitan.
kami x suka lelaki penipu.
kami xsuka lelaki curang..
kami xsuka lelaki malas.
kami xsuka lelaki yg x bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu
kami xsuka lelaki yg xada komitmen
kami xsuka lelaki yg pentingkan diri
kami xsuka lelaki yg cakap besar.
kami xsuka lelaki yg cuma nk berseronok.
kami xsuka lelaki yg suka memaki hamun kami.
kami xsuka lelaki kaki pukul.
kami xsuka lelaki isap rokok! 
ops..hehe..encik pakcik aku isap rokok jugak la..well tetap xsuka..!
tapi nk wat mcm mana dah syg..nak xnak kena turutkan juga la..
kang kalau aku buang kotak rokok yg baru dibeli penuh dgn rokok plak maw kena hamun xsudah jawabnya..silap2 kena penerajang maut..hehe
apa??yala2 berat sebelah ea?ok2
lelaki utk perempuan!
kami x suka perempuan banyak bebel!!!
kami xsuka perempuan mata duitan.
kami xsuka perempuan hanya tahu meminta.
kami xsuka perempuan bg arahan.
kami xsuka perempuan tunjuk hebat
kami xsuka perempuan sosial terlebih
kami xsuka perempuan bercakap kasar.
kami xsuka perempuan banding2 kan kami
kami xsuka perempuan buat kami tertanya2
kami xsuka perempuan berahsia
kami xsuka perempuan malas.
kami xsuka perempuan suka marah
kami xsuka perempuan xreti senyum.
kami xsuka perempuan ramai boyfren
kami xsuka perempuan halang kami merokok!!erkk haha
well lelaki dan perempuan sgt berbeza.dan perbezaan itulah yg akan melengkapkan kita
sebagai lelaki dan juga perempuan :)
ada perasaan terpendam?cakap direct..jgn pendam lagi kalau itu boleh memperbaiki hubungan kita antara lelaki dan perempuan.
terimalah kelemahan masing2..cubalah memahami jika ada sign2 yg diberi..
kalau xpaham sila tanya..
perempuan suka berkias..
lelaki cuba lah faham sama..
kami malu nak cerita perasaan kami yg sebenarnya taw x..
sbb tu la kami selalu berkias atau tinggalkan tanda tanya utk kaum adam ni berfikir dengan baik..
bukan maksud kami nak lelaki ja paham kami..
lelaki pun nak gak difahami..ya mmg betul..
tapi lelaki lebih suka mendiamkan diri.nak tunjuk jeles ke tidak pun xnak..
macam mana kami nak tahu perasaan korang kaum adam..
sekurang2nya kami berkias lelaki dengar dan boleh fikir.
eh bukan lah nak menangkan kaum hawa..tapi sebab ceq kaum hawa kan..hehe
ok..papepun..lelaki dan perempuan harus saling melengkapi..
sama2 cari jalan utk selesaikan apa yg berlaku supaya tak ada perasaan yg terpendam lg ok..
:)




Tuesday 1 April 2014

New Stage !


Assalammualaikum.
hyep kembali saya pada hari ini untuk mengucapkan selamat datang April!!!!
yeah..dengan tibanya bulan april ini maka lepaslah segala-galanya yang berlaku pada bulan march ~
apa yg berlaku pada bulan march?
wow begitu banyak..sampai aku pun pening.
firstly,ofcourse about my work..sangat pening kepala pikir pasa kerja..[part time je pun]
bukan apa..bos suka panggil aku pergi kerja sebab kawan kerja aku ada hal..aku nak pergi tapi banyak pulak ari yg aku ada banyak benda nak buat..
tentang hal praktikal la hal rumah tangga la..opps
haha..ekceli paling penting adalah untuk aku nak present praktikal.
system yg dok buat ari2 still xsetel..
bila dah siap mai time ari present dyowg nak yg lebih sempoi..alamak
kena balik buat lagi..adesz
nak xnak kena la buat jugak..
so encik pakcik tu pesan jangan pergi kerja!
well dy boleh afford nak bagi dwet..so aku cuma kerja bila aku ada masa terluang lah
okey !
stop to practical part.
second!
really bz into my E-day 
what is e-day? engagement day lah of course..
hahaha
well banyak barang2 yang perlu di siapkan.
dari segi makanan untuk tetamu,pakaian,barang hantaran dan sebagainya.
dengan kereta rosak buat hal lagi..
wahhhhh
mmg banyak pakai dwet arh cita dy !
apa pun hari pertunangan aku dan encik pakcik berjalan dengan lancar
Alhamdulillah
#30/03/2014
hope sampai ke jinjang pelamin
okeyh end to that 
keesokannya hari pembentangan system..
what the fish !!!
aku x boleh nak siapkan lagi !!!
sooo pergi present macam tu je..
tapi syukur sgt2 lecturer bg peluang lebih kurang seminggu utk siapkan..
so now..WORK HARD !!
peace no war
!!!

Tuesday 18 March 2014

COMING AGAIN - L E N O V O -

Coming again!
Check this lenovo ~

RM1070



RM220

RM460

RM720 (White)


RM410(PINK)

RM400

RM465

RM560

RM780



teng treng ! ni ialah barangan tambahan yg korang tambah dwet mengikut model~
ada power bank,car charger,car holder dan casing.
bg memory card 8gb dan screen protector diamond akan terus dipasang kepada phone tersebut.

#hah sapa kata beli on9 tipu..kami xtipu aih..macam xkenai pulak kan :p

Tuesday 4 March 2014

PROMOTE, LENOVO MARI !!

Hyep
dah bukak tu meh jalan2 ushar lenovo
harga yg berpatutan 
harga mampu milik..InsyaAllah
Ada lebih 30 model lenovo untuk dijual~
disini hanya memaparkan sebahagian sahaja dari model tersebut~
jikalau ada model lenovo lain yang berkenan boleh la pm kami untuk ketahui harga ok :)
#beli phone percuma sekali dengan screen protector dan casing~
RM265

RM320(putih shj)

RM370

RM370 (putih sahaja)

RM810

RM820

RM1400

RM1180
#well utk model vibe ! hanya tambah RM20 dapat casing,8gb memory,
screen protector diamond,car holder,car charger dan 
powerbank 2600mah

#model lain kalau nak kena tambah RM50   :)

#kalau dah beli phone tu automatik la dapat charger dan earphone yer..
tambahan wang ringgit hanya utk barang2 yg tersenarai warna merah tu yer. :)(:


Actually banyak lagi la model dy lebih dari 30 model lenovo..
kalaw nak cita 
mau jenuh tangan nak menaip~
model apa yg hampa nak atau mmg dah ada model yang berkenan di hati..
dah tu boleh la pm kami~
nak taw harga saja pun blh la pm..
inbox je kat pesbuk cheq ni k..
are-lynn hazel


p/s : semua phone yang dijual dipastikan ke"original"annya..specificationnya yg sama tiada perubahan.
straight dari kilang lenovo di China tapi bukan chinaset yer..cuma xmasuk utk ubah di malaysia sahaja..
jika melihat bahasa di bateri dan buku manual adalah dlm bahasa cina jgn terkejut pula..confirm kami xjual chinaset.
kalau masih ragu2 lenovo yang kami jual mempunyai warranty dan boleh dibawa kemana2 agen lenovo yang ada..sekian

Tuesday 18 February 2014

Petanda Dia Jodoh Kamu

Well dalam hidup kita ni dah mesti atau bakal ada seseorang
yang mendekati kita..
tak kisah la kita tua atau pun muda.
So macam mana kita nak tau yang dia adalah jodoh kita
yang insyaAllah sesuai dengan kita.


  1. Kerjasama -  Rahsia pasangan untuk memiliki usia panjang dalam hubungan. tak kira lah dalam apa aspek kehidupan sekali pun..hal besaq ka kecik ka remeh temeh ka..apa saja la..tapi jika dilakukan bersama dan semuanya rasa sangat senang even tak libatkan orang lain..Kalau ada rasa macam tu. InsyaAllah selamat..dia memang dah jadi calon tuh !
  2. Sikap - Hah cuba cek tengok sikap si dia tuh..Dia cover2 depan hampa ka dia rileks ja..cara dia sembang, cara dia gelak tu spontan ka atau buat2 je..kalau buat2 je tu bukan jodoh la namanya.
  3. Deria batiniah - apa tu? maksudnya macam hati dia dan kita boleh saling tahu.Makna kata,kita dan dia boleh baca fikiran dan menduga reaksi atau perasaan masing2 pada situasi tertentu..kalau ada InsyaAllah akan ada destinasi menuju kebahagiaan..
  4. Perasaan - Waktu kita bersama dengan dia kita tak pernah rasa bosan sikit pun.. duduk pi la berejam setiap ari setiap waktu sekalipun..dan apabila bersama juga perasaan menjadi tenang dan selesa.. Tu tanda yang kita dah terikat dengan dia.
  5. Prihatin - Waktu kita susah senang dia sentiasa ada dengan kita.Dia boleh memahami hati kita disaat suka dan duka.Pasangan yang berjodoh tak akan takut mengalami pasang-surut ,suka duka saat bersama.
  6. Tak peduli - oi2 bukan tak peduli tentang kita..tapi tak peduli tentang masa silam kita..bagi dia masa lalu tak dapat diulang kembali..dia tak kisah apa yang telah berlaku dahulu dan dia juga tak malu nak ceritakan kisah dia dengan pakwe/makwe dulu2..ini bermakna dia bersiap sedia menerima kita seadanya..
  7. Tak Malu - Setiap orang pasti ada kelebihan dan keburukan masing2 kan..Tapi kita tak berasa malu untuk tunjukkan diri kita yang sebenar..dan adakalanya baru bangun tidoq pun kita selamba jumpa dia. atau dia juga tak malu untuk cerita kelemahan dan kekurangan diri nya.Tu bermakna kita memang dah disuratkan untuk bersama.
  8. Rahsia - Disaat ini kita rasa rahsia kita lebih selamat ditangan si dia lebih daripada orang lain..Atau kita sendiri dah tak dapat nak rahsiakan apa2 dari dia..bermakna kita dah jumpa pasangan sejati kita..
The End ~

Monday 17 February 2014

Malang tidak berbau

Assalammualaikum..
hye u ols
beta kembali lagi
well nasib aku kebelakangan ni agak malang sedikit
minggu lepas excident kena langgar belakang.
tu tara berhenti kat traffic light je blh exciden..huhu
lepas dah siap kereta tu exciden langgar belakang kereta lain pulak
ish3..
kena pulak time dwet xde
ha amek ang.
hahahaha
merangkak ah nak membayo kan..
tapi xpe duet ada di mana2
hanya tinggal mencari je.
Alhamdulillah dwet ada
kereta siap
setel masalah
lega jiwa raga
!!!!

Tuesday 11 February 2014

Gembira itu perlu

Setiap yang hidup pasti akan mati
cuma kita tidak tahu bila atau dimana ia akan berlaku.
Kelmarin teman sebilik kepada encik pakcik telah kembali ke rahmatullah,
pagi ini suami kepada opah sedara saya juga turut bersama melangkah ke sana.
Al-Fatihah

Dalam tawa dalam gembira ada duka yang tersembunyi
namun tak semua yang tahu
kesedihan juga tak seharusnya dipanjangkan
hidup yang tersisa perlu di isi sebaiknya~

kata orang kita gembira,
kata orang kita tak pernah ada masalah
kata orang kita sentiasa bahagia
dalam diam kita berduka
dalam diam kita sentiasa berbalah
dalam diam kita derita

kita hanya boleh melihat bagaimana orang di depan kita
tapi di dalam hati dan dirinya yang sebenar
tiada yang tahu.

kita sendiri tak dapat nilai siapa yang peduli tentang kita~

Bagiku kesedihan yang ada dalam diri biarlah ia ditanam dengan 
perasaan lain yang akan membahagiakan diri
jangan di ungkit jangan di gali kesedihan yang hanya akan memakan diri..




Transmission Aircraft

Dalam perjalanan menuju ke Perlis
Aku ternampak banyak pencawang letrik di sepanjang jalan
Mengikut pemerhatian dan kebijaksanaan melampau aku
ni lah kan,
berdebat lah aku dengan encik pakcik.

"bola yg dok di tengah2 wayar letrik tuh untuk stabilkan wayar tu lah! "

dari awai sampai sudah sembang tak nak kalah..
lepas  beberapa seketika~
encik pakcik tu lak slamber yaya je cakap
"bukan untuk bg signal kat kapai terbang ke?"
 erk2...
loading baq ang..
hahaha~
Tapi still maintain cool weh~
dengan keyakinan yang tinggi lagi jitu aku berhujah balik
nak menangkan diri..
"kalau tak ada bola tuh nanti wayar tuh putuih"

dalam diam2 search Google..
loading 20%......35%......55%...
lambat seh aq punya tenet..
off balik dan on balik..
buffering lagi..haish~
Lastly,
yeah !
berjaya gak buka..
taw apa google jawab bila aku tanya pasai bola kat pencawang elektrik tuh.
google kata it is for transmission aircraft !
makna kata function dia untuk bagi warning kat kapai terbang lah!
naahai !
amek ang,! nak menang lagi kan..
kan dah terbukti kesalahan tuh~
Tapi xpa..encik pakcik tak taw aku dah berjaya google
so aku wat dotno je la...hahaha~



P/S : ekceli aku saja ja nak lawan gak walaupun sekadar wat pandai..
nak hidupkan suasana la katakan..gila boring xdak cita langsung
gado pun jadi la :)


Monday 10 February 2014

:: P E R L I S ::

At last !
sampai gak ceq di perlis buat kali kedua.
sekali sekala.~
bila org tua tuh nak bawak g tempat lain xtahu lah..
apa pun tak kisah
bak kata pimai FM
"lagu mana pun untuk hampa"
Well sebelum antar anak sedara beliau kami bertapak
di padang besar dulu..

w e l c o m e  to  P a d a n g  B e s a r 


ekceli macam pasar biasa je pun,
harga takde la semurah seperti yang digembar gemburkan
namun disebabkan mengikut langkah mereka2 ini
ku turutkan jua ..


Tengok tu ! diorang tinggalkan aku lah 


Tapi
takpe ! saya okey je 


Well perangai aku tak suka jalan2 tgk barang kalau aku tak de niat nak membeli~
silap la melangkah ke sana..
kasih syg punya angkara ikut je le..
HAHA!

Disebabkan kanak kanak berdua tu nak mencari kasut
encik pakcik lepaskan la pegangan tali tu sekejap
tinggal lah kami berdua
dah tinggal dua org ni apa lagi..
tomoi la~
one by one..
HaHaHa~
aku pun follow je beliau..
lenggok kanan ikut lenggok kiri ikut
depan belakang semua ikut lah

p e n a t


tengok jam..(gila jam)
Melangkah ke kedai menjual jersi pulak!
Ke kedai jersi lagi~
Jersi lagi !
Haish ! jersi lagi..! Asdesz =="
Tshirt 

Akhirnya beli sehelai tshirt la jugak encik nun..buat kenangan la kot dah bekenan..
nasib baik yg aku bekenan jugak..HaHaHa!
aku mmg jahat suka bangkang apa yg dia suka~
Well..

Abes satu pusingan beliau tawaf
berpeluh aku dibuatnya
takpe2 sabar

Dah lepas kami antar kanak kanak tu masuk tadika a.k.a matrikulasi di sana nun
bermula lah perjalanan pulang ke desa
sebelum balik singgah makan nasi ayam
well~
bermula muka jahat begini,
Konon konon berlagak! xnak makan la sangat !
padahal perut lapar giler
ghupe-ghupenya nak oghang suapkan..
coih! gedik gila baq ang
anak sapa xtaw!
so bila dh dpt jadik la gini~ hee
gedik gila..p blah la ang!

#cerita semalam yang berakhir happy jugak walaupun penat yg amat#

p/s: org sana memang suka pakai skuter eh,comel2 baq ang skuter depa..geram aih..
#muka encik pakcik masih belum dapat dipertontonkan lagi~









Sunday 9 February 2014

Panas !

kenapa panas?!
well aku panas ati sekarang nih..
nak dijadikan ceghita,
esok nih aku nak kuar jenjalan..
tapi almaklumlah aku ni tak gheti nak bergaya..
bukan tak gheti ja, hancuss teruih!
encik pakcik tu pulak suka bg komen2 pedas !
maw x maw aku nk usaha la sedikit sebanyak..
tapi masalah nya lani aku tanya encik pakcik nun 
sampai beliau pun dah pening2 nak habaq mai kat akuh.
so lani lagu mana ceghita.
ternganga la akuh sensorang depan laptop 
xtaw nk wat lagu mana.
haish!
bukan apa,
nak gak la lawa2 sampai encik pakcik puji.
bukan untuk oghang lain pun~
nak vogue2 macam luna maya 
mmg tak lah..
oghang dah tak lawa buat p macam mana pun mmg xlawa la ceghita dia..
apa pun sekadar sedap mata memandang tu kira orait la~
ni kang akuh ni pakai selekeh2 tak kena dek mata dia,
maw nak kena hampuk baling keluaq tingkap kot..
haha!
amboih aih..drama lebih lak akuh nih!
apa pun malam ni xjadi gheja la aku 
asyik dok pikiaq pasai penerimaan pada hari esok nun..
ish3..
baik tdoq ja lani..mana taw
kot2 ilham masuk dalam mimpi kannn!
hahaha! tak sabaq aih nak tidoq..
ilham ilham ouh ilham..
mana ilham nih..~
lalalalalalala 
mai cepat noh..daaaaaa 
assalammualaikum~

Friday 7 February 2014

suka suki :)(:

assalammualaikum
well aq x ada bahan nak cita sebenaqnya~
tapi as always, mesty ada sesuatu yang aq rasa aq nak share gak..

semua org ada seseorang yg korang sayang kan
mesty ada punya..tak kisah la siapa pun
ibu bapa,adik beradik,
kawan ataupun kekasih..(eceh..buat terok boleh..)

well,
ekceli nak cita pasal kekasih ni ha..hahaha..xleh blah betui!
terus terang je lah..adeh =="
hurm..apa rasanya perasaan semasa berada dengan kekasih eh?
(pura2 tanya plak dah !)
adakah 3G?
Gembira,Gelabah,Gusar?
(ha..amek ang!)
gembira sebab apa?
mestilah sebab kita ada dengan dia kan..
gelabah pulak?
ermmm..rasa gelabah tu mungkinnn disebabkan kita tak tahu macam mana
cara yang boleh buatkan ati dia terpikat.?
Gusar! itu yg utama...
makna kata risau la tuh..
risau apa? risau la dia boleh terima kita ka..dia suka ka dgr kita merepek?
boleh ka kita nak buat dia gembira..
dan macam2 lagi lah!

apa pun aq tak tahu la korang macam mana..tapi
itu yang aq rasa la ..
(eh! pecah rahsia..)

sedikit sebanyak la..takleh cita semua..
kena share2 baru adil..
nak buat org kita syg tu gembira ikut ja kata dy..
dy kata A maka A la jadinya
dy kata B maka B la jadinya..
tapi bukan semua!
dy kata kita asal dari Beruk maka Beruk la jadinya bg sesiapa yang mengiyakan..~
paham anak2 murid sekalian...

xbuleh blah betui.
buat syok sendiri boleh..haha


Tuesday 4 February 2014

lalalalala xda tajuk~



Assalammualaikum pembuka bicara~
jangan lari jangan ketaq~
kita mai cuma nak cita~
hampa baca hampa dengaq !

dah sudah hampa nak dengaq apa yg aq pun dok taip ja.
jeng jeng jeng..
krekk dok mai dah
adoi!

lama2 xmelayan perasaan ni bukan apa..xdak masa baq ang !
BUSY BUSY BUSY !!!!!!
tension teruih !

sepanjang minggu kerja di luaq kena buat preventive maintenance..
hampa taw dak benda alah pa tuh?
kalau bahasa terjemahan dy pencegahan penyelenggaran..
makna kata, sebelum jadi apa2 kami kena cegah dulu la~

kerja di kebanyakan jabatan kerajaan di pulau pinang ni..adoi
musim2 panas ni sampaikan kesihatan aq terjejas baq ang!
assignment jgn dok cita la..banyak dah yg dok tertunggak tuh..
bila nak setel xtaw..tempoh praktikal dah nak tamat..
kira ari ja nih..pusing pusing..

aq xmau cita banyak just nk post gambaq gambaq yg aq amek masa kuaq sepanjang minggu2 sebelum ni ja~




....................
selepas beberapa jam tenet buat hal xdapat upload gmbaq..
takpa esok cek upload len...
daaa




ni masa kuar jenjalan dengan anak sedara aq qistina amanda~


ni view di komtar tgkat 30 lbh je..nanti pergi tnggi lagi kita snap lg k~

ni plak perfume yg pakcik belikan masa kuar jalan2 time aq sakit..coih..haha
tapi aq suka ja bau ni..lagipun long lasting weh!

Done!






Saturday 25 January 2014

Assalammualaikum~
wah sepanjang minggu lepas sangat lah bz..
letihnya~
nak jalan2 dengan org tua tu pun xdapat..adesz
cek dengan kawan kawan cek kat tempat kerja nun kena
wat kerja yang xpernah abes2 tu...ala website tu laa..hee

then sabtu dan ahad kami bekerja d exspo halal penang di SPICE !
wah seronok betul.








ni la saat kami di expo tersebut~
hehe

apa pun memang seronok la..
then bila masuk office dah start kena kerja luar..adesz
dan tanpa disangka aku pulak jatuh sakit..
aduhai..
Incik pakcik pulak balik kampung..tapi lepas dah balik cni
dy banyak ambik berat utk aku..happy rasanya~
hehe :D
aku plak bila dah sakit ni memang mengada ngada
ada ja yang nk minx pada Incik pakcik tu..walau hakikatnya x semuanya dapat tapi sebab beliau tu rajin melayan, 
Pun Bole ~..haha

baru beberapa ari mai tgk aku sakit beliau pulak yang jatuh sakit..alahai
xpe la..kejap lagi aku pulak yang nak pergi melawat beliau..daa nak bersiap~!


Sunday 12 January 2014

malang tidak berbau

Hari ni ntah kenapa menjadi hari yang agak malang 
buat insan hina sepertiku..
seperti biasa aku tidur tanpa sedar~
dalam keadaan tanpa sedar aku telah merobek muka aku sehingga luka parah!
bangun pagi je..ha amekaw!
weh pedih gila..terkeluar segala kulit muka..
hurm..merah2 je.japg petang ok kot..
(kata ku dalam aty..)

keluar awal pagi pergi makan bersama encik pakcik..
puas fikir nak makan dimana,akhirnya tempat
persinggahan kami hanyalah d sebuah pasar pagi..
adesz~
tapi oke je kot

tak seperti kebiasaan hari,hari ni aku rasa beban gila duduk di dalam rumah.
tgh2 ari lagi aku dah keluar pergi cari makan..
dalam masa aku keluar cari makanan tu aku dikejar pulak dengan seekor anjing..
alahai~

seterusnya,selepas penat larikan diri,aku singgah d Petron isi minyak moto~
setelah selesai,aku mulakan perjalanan untuk ke queensbay,
belum sempat ke sana aku terlanggar kereta depan aku yang berhenti mendadak..
nak kata bawak laju mmg xla..tu namanya cuai..bawak slow pun boleh langgar..!
hurm..moto tu pun terbalik lah dengan aku sekali terbalik..

Alhamdulillah masih ada insan2 lain yang berhati perut membantu aku 
dalam keadaan itu..

balik ke rumah aku dapati kasut yang baru dibeli encik pakcik telah koyak 
disebabkan aku jatuh moto td..adesz..sedih lagi..

sambil merenung jauh,aku bersiap2 semula untuk ke queensbaymall untuk 
tuntut cermin mata aku yang telah siap..
dan kemudian ke maxis center untuk bertanyakan sebb sim card aku di block..
hurm..caranya kena renew sahaja..

then gerak ke mydin dengan mak..
balik dalam keadaan yang teramat letih,
setelah aku basuh muka, aku dapati,
ArgHHhhhh.. 
muka aku yang terluka tadi menjadi semakin teruk..
apa lah nasib..teruk sgt..bukan aku mengada nk kata teruk,tapi hakikatnya..
ya! hakikatnya..memang teruk..
tambah si emak katakan yang luka muka ku ini akan lambat untuk sembuh..maka
ke'malu'an lah aku untuk berjumpa dengan org..takut org geli pulak..
aduyai..
semoga Allah S.W.T pulihkan luka di muka ku dengan cepat..
Amin.~

Friday 10 January 2014

Kata-Kata dalam Percakapan

Assalammualaikum.~
kata2 dlm percakapan?apa tu..?
hurm.. kata2 tu satu perkara yang amat penting dalam percakapan harian kita.
sebelum bercakap mesti fikir dulu kata2 yang nak diluah kan..
selalu dengar tapi kita wat derk je..
kita kena jaga percakapan kita seperti dalam cerita aku yang dulu kat sini pada friends no.4 :
tak semua orang yang boleh terima jika bercakap dengan kasar..
ataw dengan kata lain iaitu terselit ayat makian dalam percakapan~

ingat eh , jaga taw!
walaupun kita dalam keadaan marah yang teramat sgt.
kita marah saja la..tak perlu maki2 pun kan..
apa yang kita dapat dengan mengeluarkan kata2 kesat..?

jadi, disini saya ingin menyeru kepada semua agar
UBAHLAH! ubahlah gaya percakapan kita..
even dalam kehidupan seharian kita..
bercakap la dengan kata2 yang sopan..
sudah tentu terasa ketenangan di situ.

mmuahxx :D

Thursday 9 January 2014

::Semalam Punya Cerita::

pagi yang indah lagi permai buat hati terasa nyaman~
indahnya cipatan tuhan~
SubhanaAllah

yuuuhhuuuuuu~
semalam kan kita dengan pakcik kita kan g jalan2~
seronok betul..
maklumlah orang tak pernah pusing2 penang~
huhu..

At first kami jalan2 dari bayan lepas straight ke padang kota.
tak berhenti pun! jalan aje..
then jalan ke Gurney dan Paragon..
tak masuk pun..! jalan aje..
werkk :p
 sampai ke Straits Quay.!
at last ! masuk gak arh..haha
tempat pertama dituju kami g ja tengok2 bot dan kapal layar yang ada disinun:
encik pakcik tu berkenan sungguh dengan kapal layar 
dan bot2 yang agak canggih disitu..
kata beliau, angan2 yang dibina adalah untuk belayar di tengah lautan
berhenti di tengah2 laut sambil menikmati keindahan ciptaanNya.
sambil tu beliau nak memancing..
dan beliau juga nak adakan satu candle light dinner kat dalam bot tu.
tak dapat beli pun dapat sewa cukup.
sedia dengan pilot untuk memandu bot..
selama 2 ke 3 ari berturut2..
wahh! :D

oke done!
semasa masuk untuk balik..kami ternampak atm..
so g cucuk duit la..
dan terus ke Secret Recipe..
sebabnya...masa kami sampai,
kami dah teringin nak makan d sana nun..
so kami pun terjah !

kami memilih kek Tiramisu dan Strawberry Marshmallow Cheese 
juga segelas orange juice untuk dikongsi bersama~
lalalala~

inilah hidangan kami berdua~


hehe~
dah selesai makan2..
kami pun bergerak ke uptown Batu Feringghi nun..

jalan2 di sana..
encik pakcik tu nampak wallet..beliau berkenan dan terus ambil tanpa berfikir lagi~
jeng3..jalan depan sikit je dah nampak ada banyak lagi wallet yang dijual.
namun wallet yang dibeli itu juga menarik~
maka penyesalan itu tidaklah terasa sangat.

jalan depan lagi tengok perfume~
abang cina itu menjual dengan harga RM28 sekotak untuk semua jenama..
kami belek2 buat agak lama..tapi bukan nak beli pun.
abang cina tu kata.."ambil la adik,abang..saya bagi kurang..RM25 saja"
kami masih lagi menolak..
abang cina itu berkata lagi..
"oke2 ambil saja dengan RM20."
lagi kami tolak
sehingga beterusan akhirnya kami terdengar
"marilah sini,RM12 sahaja!"
HAHA!

apa2 je lah~
setiap kedai yang kami kunjungi juga seperti itu..
mula2 harga mahal kemudian terus murah~

oke...encik pakcik beli jersi bola pulak..
dan selepas itu kami jalan2 lagi sehingga tak mampu lagi aku nak berjalan..
haiya!
penat oo..

apa pun happy juga!






Wednesday 8 January 2014

taraaaaaaaa~


 jeng jeng jeng ~



eh ! main main dengan web cam plak dia !

yuuhuuu ! ini lah jadinya bila bosan + xreti nak wat kerja..
adesz..apa la nak jadi dgn aku nih..
org laen sebuk ja wat kerja..google sana google sini..
yang aku plak..pi mai pi mai dok tang tu ja..aiyak!

CEPAT LIN ! cHAiYoK !!!!


cerita malam ini :'D

Assalammualaikum w.b.t
hye uols~
tadi kan dah kata macam sesuatu yang happy nak jadi je..
huhu..
ada la jugak happy tuh..
sedih pun ada jugak..
tapi biasa la adat dalam kehidupan kan..kadang2 kita gembira..kadang2 kita akan bersedih~
gembira sebab keluar dengan encik pakwe tuh~
jalan2 n happy seketika..
sejuk yang kujangka hingga ke tengah malam namun panas menjengah di tika embun baru nak menitis!
aiyak! apakah itu...
hurm..ekceli aku sedih sebab dia tak berapa faham kenapa aku sedih~
aikk..cam pelik je ayat..haha.
whatever lah..
klaw bagi lelaki..arghh biasa la orang puan memang gitu..
adesz...dekat nak datang bulan ke hapa nih?
ntah r..hahaha~
sebab musabab xperlu diceritakan takut nanti mengundang kenangan pilu..
NAMUN.. dalam kesedihan jua..
aku bergembira sebab dibelikan teddy bear yang aku beri nama tora tora..haha..
sekadar gurauan di dalam kereta lah!
ntah aku lebih suka panggil teddy bear aku ni baobei..maksud baobei tu ialah baby~
its so cute just like baby~
huhu!
aku sayang baobei aku yang besar gebu lembut nih~
mmuahx baobei~
xde pakcik dah! haha :D


well ni la baobei saya! hee <3 <3