Saturday 25 January 2014

Assalammualaikum~
wah sepanjang minggu lepas sangat lah bz..
letihnya~
nak jalan2 dengan org tua tu pun xdapat..adesz
cek dengan kawan kawan cek kat tempat kerja nun kena
wat kerja yang xpernah abes2 tu...ala website tu laa..hee

then sabtu dan ahad kami bekerja d exspo halal penang di SPICE !
wah seronok betul.








ni la saat kami di expo tersebut~
hehe

apa pun memang seronok la..
then bila masuk office dah start kena kerja luar..adesz
dan tanpa disangka aku pulak jatuh sakit..
aduhai..
Incik pakcik pulak balik kampung..tapi lepas dah balik cni
dy banyak ambik berat utk aku..happy rasanya~
hehe :D
aku plak bila dah sakit ni memang mengada ngada
ada ja yang nk minx pada Incik pakcik tu..walau hakikatnya x semuanya dapat tapi sebab beliau tu rajin melayan, 
Pun Bole ~..haha

baru beberapa ari mai tgk aku sakit beliau pulak yang jatuh sakit..alahai
xpe la..kejap lagi aku pulak yang nak pergi melawat beliau..daa nak bersiap~!


Sunday 12 January 2014

malang tidak berbau

Hari ni ntah kenapa menjadi hari yang agak malang 
buat insan hina sepertiku..
seperti biasa aku tidur tanpa sedar~
dalam keadaan tanpa sedar aku telah merobek muka aku sehingga luka parah!
bangun pagi je..ha amekaw!
weh pedih gila..terkeluar segala kulit muka..
hurm..merah2 je.japg petang ok kot..
(kata ku dalam aty..)

keluar awal pagi pergi makan bersama encik pakcik..
puas fikir nak makan dimana,akhirnya tempat
persinggahan kami hanyalah d sebuah pasar pagi..
adesz~
tapi oke je kot

tak seperti kebiasaan hari,hari ni aku rasa beban gila duduk di dalam rumah.
tgh2 ari lagi aku dah keluar pergi cari makan..
dalam masa aku keluar cari makanan tu aku dikejar pulak dengan seekor anjing..
alahai~

seterusnya,selepas penat larikan diri,aku singgah d Petron isi minyak moto~
setelah selesai,aku mulakan perjalanan untuk ke queensbay,
belum sempat ke sana aku terlanggar kereta depan aku yang berhenti mendadak..
nak kata bawak laju mmg xla..tu namanya cuai..bawak slow pun boleh langgar..!
hurm..moto tu pun terbalik lah dengan aku sekali terbalik..

Alhamdulillah masih ada insan2 lain yang berhati perut membantu aku 
dalam keadaan itu..

balik ke rumah aku dapati kasut yang baru dibeli encik pakcik telah koyak 
disebabkan aku jatuh moto td..adesz..sedih lagi..

sambil merenung jauh,aku bersiap2 semula untuk ke queensbaymall untuk 
tuntut cermin mata aku yang telah siap..
dan kemudian ke maxis center untuk bertanyakan sebb sim card aku di block..
hurm..caranya kena renew sahaja..

then gerak ke mydin dengan mak..
balik dalam keadaan yang teramat letih,
setelah aku basuh muka, aku dapati,
ArgHHhhhh.. 
muka aku yang terluka tadi menjadi semakin teruk..
apa lah nasib..teruk sgt..bukan aku mengada nk kata teruk,tapi hakikatnya..
ya! hakikatnya..memang teruk..
tambah si emak katakan yang luka muka ku ini akan lambat untuk sembuh..maka
ke'malu'an lah aku untuk berjumpa dengan org..takut org geli pulak..
aduyai..
semoga Allah S.W.T pulihkan luka di muka ku dengan cepat..
Amin.~

Friday 10 January 2014

Kata-Kata dalam Percakapan

Assalammualaikum.~
kata2 dlm percakapan?apa tu..?
hurm.. kata2 tu satu perkara yang amat penting dalam percakapan harian kita.
sebelum bercakap mesti fikir dulu kata2 yang nak diluah kan..
selalu dengar tapi kita wat derk je..
kita kena jaga percakapan kita seperti dalam cerita aku yang dulu kat sini pada friends no.4 :
tak semua orang yang boleh terima jika bercakap dengan kasar..
ataw dengan kata lain iaitu terselit ayat makian dalam percakapan~

ingat eh , jaga taw!
walaupun kita dalam keadaan marah yang teramat sgt.
kita marah saja la..tak perlu maki2 pun kan..
apa yang kita dapat dengan mengeluarkan kata2 kesat..?

jadi, disini saya ingin menyeru kepada semua agar
UBAHLAH! ubahlah gaya percakapan kita..
even dalam kehidupan seharian kita..
bercakap la dengan kata2 yang sopan..
sudah tentu terasa ketenangan di situ.

mmuahxx :D

Thursday 9 January 2014

::Semalam Punya Cerita::

pagi yang indah lagi permai buat hati terasa nyaman~
indahnya cipatan tuhan~
SubhanaAllah

yuuuhhuuuuuu~
semalam kan kita dengan pakcik kita kan g jalan2~
seronok betul..
maklumlah orang tak pernah pusing2 penang~
huhu..

At first kami jalan2 dari bayan lepas straight ke padang kota.
tak berhenti pun! jalan aje..
then jalan ke Gurney dan Paragon..
tak masuk pun..! jalan aje..
werkk :p
 sampai ke Straits Quay.!
at last ! masuk gak arh..haha
tempat pertama dituju kami g ja tengok2 bot dan kapal layar yang ada disinun:
encik pakcik tu berkenan sungguh dengan kapal layar 
dan bot2 yang agak canggih disitu..
kata beliau, angan2 yang dibina adalah untuk belayar di tengah lautan
berhenti di tengah2 laut sambil menikmati keindahan ciptaanNya.
sambil tu beliau nak memancing..
dan beliau juga nak adakan satu candle light dinner kat dalam bot tu.
tak dapat beli pun dapat sewa cukup.
sedia dengan pilot untuk memandu bot..
selama 2 ke 3 ari berturut2..
wahh! :D

oke done!
semasa masuk untuk balik..kami ternampak atm..
so g cucuk duit la..
dan terus ke Secret Recipe..
sebabnya...masa kami sampai,
kami dah teringin nak makan d sana nun..
so kami pun terjah !

kami memilih kek Tiramisu dan Strawberry Marshmallow Cheese 
juga segelas orange juice untuk dikongsi bersama~
lalalala~

inilah hidangan kami berdua~


hehe~
dah selesai makan2..
kami pun bergerak ke uptown Batu Feringghi nun..

jalan2 di sana..
encik pakcik tu nampak wallet..beliau berkenan dan terus ambil tanpa berfikir lagi~
jeng3..jalan depan sikit je dah nampak ada banyak lagi wallet yang dijual.
namun wallet yang dibeli itu juga menarik~
maka penyesalan itu tidaklah terasa sangat.

jalan depan lagi tengok perfume~
abang cina itu menjual dengan harga RM28 sekotak untuk semua jenama..
kami belek2 buat agak lama..tapi bukan nak beli pun.
abang cina tu kata.."ambil la adik,abang..saya bagi kurang..RM25 saja"
kami masih lagi menolak..
abang cina itu berkata lagi..
"oke2 ambil saja dengan RM20."
lagi kami tolak
sehingga beterusan akhirnya kami terdengar
"marilah sini,RM12 sahaja!"
HAHA!

apa2 je lah~
setiap kedai yang kami kunjungi juga seperti itu..
mula2 harga mahal kemudian terus murah~

oke...encik pakcik beli jersi bola pulak..
dan selepas itu kami jalan2 lagi sehingga tak mampu lagi aku nak berjalan..
haiya!
penat oo..

apa pun happy juga!






Wednesday 8 January 2014

taraaaaaaaa~


 jeng jeng jeng ~



eh ! main main dengan web cam plak dia !

yuuhuuu ! ini lah jadinya bila bosan + xreti nak wat kerja..
adesz..apa la nak jadi dgn aku nih..
org laen sebuk ja wat kerja..google sana google sini..
yang aku plak..pi mai pi mai dok tang tu ja..aiyak!

CEPAT LIN ! cHAiYoK !!!!


cerita malam ini :'D

Assalammualaikum w.b.t
hye uols~
tadi kan dah kata macam sesuatu yang happy nak jadi je..
huhu..
ada la jugak happy tuh..
sedih pun ada jugak..
tapi biasa la adat dalam kehidupan kan..kadang2 kita gembira..kadang2 kita akan bersedih~
gembira sebab keluar dengan encik pakwe tuh~
jalan2 n happy seketika..
sejuk yang kujangka hingga ke tengah malam namun panas menjengah di tika embun baru nak menitis!
aiyak! apakah itu...
hurm..ekceli aku sedih sebab dia tak berapa faham kenapa aku sedih~
aikk..cam pelik je ayat..haha.
whatever lah..
klaw bagi lelaki..arghh biasa la orang puan memang gitu..
adesz...dekat nak datang bulan ke hapa nih?
ntah r..hahaha~
sebab musabab xperlu diceritakan takut nanti mengundang kenangan pilu..
NAMUN.. dalam kesedihan jua..
aku bergembira sebab dibelikan teddy bear yang aku beri nama tora tora..haha..
sekadar gurauan di dalam kereta lah!
ntah aku lebih suka panggil teddy bear aku ni baobei..maksud baobei tu ialah baby~
its so cute just like baby~
huhu!
aku sayang baobei aku yang besar gebu lembut nih~
mmuahx baobei~
xde pakcik dah! haha :D


well ni la baobei saya! hee <3 <3

Tuesday 7 January 2014

::at working place::

Assalammualaikum and aloha!
baru je lepas lunch.. kome udah lunch ke belum..ahaks!

 kerja aku macam biasa ari2 di ofis tak pernahnya nak siap..walaupun semalam ada 
tumbuh daun sikit2 namun rini daun yang tumbuh semalam langsung xnaik dah~
aiyo! dy maintain gitu la pulok!

ni la website yang sepatutnya aku dah siapkan~

Tapi sekarang masih lagi begini..aiyak!

Tengokla..dengan menu apa ntah kemana semuanya tunggang langgang..
ntah apa2 je~
macam mana nak migrate semua template yang dah siap ke version yang baru..
ha pakai termenung search google je la jawabya!
ee streess! bak kata workmate aku..huhu
apa pun arini stress pun aku tak kisah..
kenapa tak taw rasa macam abis kerja satg ni ada benda best yang akan berlaku..huhu
akan di update kemudian..
nak sambung googling..
daaa..




Monday 6 January 2014

keletihan !

Assalammualaikum..hye u all~
hee~
Hari ni kerja susah payah aku selama 3 minggu akhirnya membuahkan hasil..
Alhamdulillah..
walaupun baru tumbuh daun sejemput selepas 3 minggu tabur benih n siram ari2~
huhu..

Agak stress bekerja dalam bidang IT ni..nampak macam mudah je..
Ala apa yang susah main komputer je..
pergi mana mana pun boleh buat kerja..
bawak je laptop pergi jalan jalan sama~!
ha banyak la senang..
mahu pecah kepala taw..
adesz =="

By the way, sepanjang ari ni kerja aku mengadap laptop buat kerja tanpa henti..
*actually ada gak la berhenti main game..
oi oi.. tu sebab aku nak hilangkan stress..
n sambil2 program tgh loading lama gila tu..xkan kita nak duduk melangut plak kan!
 okeyh stop for that..

Lastly tepat jam menunjukkan waktu 6 petang..
apa lagi angkat punggung blah la weh!
dah seronok semangat nak balik tu sekali hujan lerr..
apa kan daya terpaksa la aku redah jua..
demi mencapai matlamat peluk bantal terus tido d rumah
ku gagah kan diri..
memecut dan terus memecut hingga akhirnya tiba ke destinasi!
Alhamdulillah ;)

dah sampai tu apa lagi terus terbongkang la cita dy 
sampaikan helmet pun xsempat buka ..
Aiyak!
nak dijadikan cerita masa tu aku punya la letih~
fon pulak berdering ntah yang keberapa kalinya..
nak tak nak aku pun jawab jugak..
dengar la suara pakcik kasih sayang aku tu bagi salam berkali2~
ehehe :D
dia dengan semangatnya ajak aku keluar pergi makan la suruh mandi la apa la..
aku pulak dengan semangatnya  dengar n sambung tido balik la~
gila nak bangun letih tak terhingga kot..
ahahahaha..kesian kasih sayang aku tuh~

sedang lena aku baru nak dibuai mimpi terdengar ketukan pintu di luar rumah
*xkan orang ketuk dari dalam rumah kan..
tak ape la..dengan sisa kudrat yang masih ada tu aku gagah jua bangun buka pintu..
Wuargghhh terkejut tgk Pakcik tersayang di luar~
#sgt excited dengan kedatangan beliau sehingga kan xdapat buka mata la cita dy..
*ekceli dy berdiri betul2 bawah lampu..nak dongak tgk dy silau weh! HaHa

Dia bawakan aku nasi goreng ayam.
aku rasa aku yang suruh dia belikan makanan kot masa aku tgh mamai2 cakap fon dgn dy..
dah la hujan weh! kesian beliau..
redah hujan ye bang..bangga aih cek dapat pakcik lagu ni~


ni la nasi goreng ayam yang beliau bawakan..nak jadi cerita nasi ni aku makan tinggal setengah xsampai seminit pun..
*hah! nampak tak penipuan disitu..hehe
sikit punya tak menghayati la orang bawak jauh2~
#orang lapar memang begini...
apa pun sempat snap gambar lagi..hahaha~
tak boleh blah..k tu je la cerita seharian aku pada hari ni..
tadaaaa ba ba na na na!


Sunday 5 January 2014

Praktikal jurusan IT

Assalammualaikum~
hahaha....Yieehaa!
aku sekarang dalam mood praktikal tapi kerja yang diberi masih xdapat nak disempurnakan dengan baik~
esok pagi pagi in da morning lagi bos dah nak datang cek sorang sorang punya kerja~
eh Shazlin, ko ada buat apa apa tak?
hah! amek kau..memang nak kena la esok kan..
lalalalalalala~ ;)
stress la kerja ni~
nampak macam senang..tapi bila buat asyik banyak je Error..
meluat gak aih!
Tapi apa pun usaha tangga kejayaan!

                                   weh!aku dah usaha kot...

Nampak gaya masih belum cukup kuat..
main ja banyak kan!
eh silap, aku kerja la..

btw, sambil sambil praktikal ni aku buat kerja part time sama..
huhu cari duet la sayang~
Wah, seronok jadi orang kaya.rilek goyang kaki je kan~
namun apakan daya diriku yang tak seberapa ni~
apa pun takmo dah lazy2~
Pastikan pass praktikal ni~
then kita boleh kerja sepenuh masa cari dwet~
huhu..
Moga satu hari nanti aku dapat berjaya sama macam kawan kawan aku yang lain nun~
Aminnnn    >..<


Thursday 2 January 2014

New Year ! 2014

Assalammualaikum~
lalalala~ dah masuk tahun baru la...
macam tak percaya pula..pejam celik pejam celik dah tahun 2014..
wahh rasanya dah dekat setahun jugak aku tinggalkan blog ni..
my precious diary blog~

Sebab musabab aku tinggalkan blog sudah semestinya banyak kerja la kan..
banyak juga benda yang jadi pada tahun 2013 yang tidak dapat nak diungkapkan disini..
apa pun perjalanan suatu kehidupan yang baru pada tahun baru telah pun bermula.~

Kemungkinan besar pada tahun ini akan lebih baik daripada yang sebelumnya~
aminnnn!
hehe.

this is my start for 2014..!

so i'll back for more~

taraaaaaa...hehe